Kenyataan Media (2 November 2009)
NIZAR LAWAN ZAMBRY: HANYA ARTIKEL 72 SEBAGAI BUKTI
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin Artikel 72
Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang
prosiding di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana
negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah adalah
bukti yang kukuh tentang kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar
Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sebenar dan sah di sisi
Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN
Perak.
Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan Mohammad
Nizar pada 5 November ini mesti berpandukan kepada Artikel 72 ini
kerana hanya keputusan yang dibuat melalui usul dan undian tidak
percaya sahaja kepada Menteri Besar di dalam DUN Perak akan
melucutkan jawatan tersebut. Perkara yang mesti ditekankan adalah
keputusan yang mesti diluluskan di dalam DUN dan bukannya di luar
bidang kuasa DUN itu sendiri.
DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa Hakim-Hakim yang akan
diberikan mandat untuk membuat keputusan bagi rakyat Perak
seluruhnya akan membuat satu keputusan yang adil demi demokrasi
di dalam Negara kita yang dicintai ini. Akan menjadi satu sejarah
yang akan rakyat dan dunia akan melihat keputusan yang akan di
buat oleh Hakim-Hakim tersebut kelak.
Jesteru, DPPN Pk meminta seluruh rakyat yang cintaikan demokrasi
supaya bermunajat kepada Tuhan demi keputusan yang terbaik
untuk rakyat Perak. Untuk yang beragama Islam, DPPN Pk meminta
supaya menunaikan Solat Hajat dan Berpuasa Sunat untuk kita
sama-sama memastikan keputusan berpihak kepada kebenaran dan
keadilan.
DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Sumber: http://dppperak.blogspot.com
“Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.“
(Surah Al-‘Asr)
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________
Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Perak
Posted by aro at 12:24 AM
Labels: Dewan Pemuda PAS Perak, Kenyataan Media
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
-
-
-
-
-
Forum Krisis Perak5 days ago
-
HADIAH DAH SAMPAI...1 week ago
-
-
-
-
-
Fast Selling e-book2 months ago
-
MCA makin tenat3 months ago

Malaysian Ringgit Converter


1 comments:
Ni berita sahih..Ketua pemuda PAS perak diberitakan mengalami gangguan kesihatan sejak seminggu lalu,dipercayai STRESS.kini beliau berehat dan dirawat di rumahnya orangtuanya di Semanggol.Sama2 kita doakan kesihatan dan kesejahteraan utk meneruskan agenda perjuangan Pemuda.
Post a Comment