بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Selamat Hari Lahir : Aro


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA memanjangkan umur teman sehingga hari ini, 12 SEPTEMBER 2009. Saban tahun teman semakin berusia darilah seorang bayi sehinggalah sedewasa ini.

Dari tahun 1979 sehinggalah hari ini genaplah umur teman mencecah 30 tahun. Fuh.. muda lagi ke sudah berusia? Sewaktu PRK Permatang Pasir tempoh hari masa duduk minum bersama wak Al-Banjari dan Cenangau , mereka seolah tidak percaya dengan umur teman ni kalau dilihat melalui raut wajah teman. Heheh. Namun apapun teman tetap masih muda dan mentah dengan pelbagai perihal ilmu dan ibadah.

Semoga dengan terbitnya angka 3 menjadikan 30an umur teman ini, sedapatnya teman ingin lebih belajar , berusaha gigih demi masa depan diri, keluarga, bangsa dan negara. InsyaAllah. Semoga juga di angka 30 ini lebih mengajar teman erti hidup dan senantiasa mengorak langkah untuk mencapai kejayaan diri serta lebih mendekatkan diri kepadaNYA yang Esa.

Alhamdulillah, syukur nikmat, kepada tuhan yang memberi rahmat. Terima kasih kepada semua yang masih memberi sokongan, dorongan dan bantuan kepada teman sehingga teman mencecah umur 30 tahun hari ini. Terima kasih isteriku, adik2 ku, ibu bapaku dan juga seluruh rakan-rakan dan para pengunjung blog teman ini.

SELAMAT HARI LAHIR PUTRA ARO a.k.a Reza.

Wallahualam

6 comments:

hamidun said...

happy befday. Semoga panjang umur murah rezeki kekal dalam iman terus perjuangan menegakkan kebenaran menghapuskan kebatilan dan jauhkan diri dari toghut yang membinasakan. Jangan menjadi pejuang assobiyyah kebangsaan. UMNO ler tu.

Salam Aro,

Happy Birthday!!! Semoga Allah SWT lanjutkan usia dan menlindungi Aro selalu.

aro said...

Salam En. Hamidun dan Mum..

terima kasih banyak2 atas nasihat dan sokongan selama ini. InsyaAllah saya akan buat sehabis baik.

~PakKaramu~ said...

Salam lailatul qadar untuk anda

aro said...

salam PakKaramu.. terima kasih smua..

Cenangau said...

Selamat menempuh angka 30an. Tapi hang nampak muda laa. Masa baru jumpa kat Matang Pasiaq hari tu, aku mati-mati ingat hang mda belia lagi, paling tua pun aku agak masa tu dalam 23 tahun.

Malaysiakini