بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

PRK lagi di Pulau Pinang?

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera Semua

Saja teman surf dan baca blog sahabat yang lain, terdengar pula cerita akan ada lagi PRK di Pulau Pinang selepas ni. Betul atau tidak? Wallahualam. Tapi apa yang teman dengar sebelum ni semamangnya majoriti ADUN UMNO sekitar Pulau Pinang ni ramai yang kurang bersefahaman dengan pemimpin Pusat. Ini mungkin kerana kebanyakan ADUN dari Pulau Pinang ni dulu bukannya pilihan pemimpin bahagian mahupun pusat atau sebagainya.

Dan dengar kata juga peruntukan untuk setiap DUN yang diwakili perbelanjaan sebanyak RM500k setahun yang diperuntukkan diuruskan oleh Ketua Bahagian masing-masing di sini dan pengagihan nya hanya dibenarkan kiranya mendapat kebenaran dan kata putus pemimpin mereka dari Pusat. Dengar katalahkan.. Sebelum ni dengar ura-ura ADUN Seberang Jaya yang ingin meletakkan jawatan, macam-macam ceritalah. Dia ni memang rajin turun padang walau dimana pun kawasan yang dikatakan bukan majoriti penyokongnya sendiri, beliau berani. Namun dikatakan beliau ni kurang rapat dengan Ketua Bahagiannya sendiri, jadi peruntukan bagi kawasan ADUNnya mestilah mendapat green light dahulu dari Bahagian, dan adakalanya kononnya disalurkan terus tanpa pengetahuan beliau (salur ke mana tak tau). Tak berani nak kata lelebih2.

Sememangnya ADUN Seberang Jaya ni dihormati mahupun dari rakan BN mahupun Pakatan Rakyat. Tahun lepas dilihat beliau berkunjung ke jamuan raya Pakatan Rakyat. Macam ni lah pemimpin yang ok. Semua masuk. Harap dia masuk Pakatan Rakyat la ek. Berbalik pada cerita bakal ada PRK di Pulau Pinang tadi. Teman ingatkan DUN Seberang jaya ni akan terlibat sebab dengar banyak cerita macam tu. Dalam satu blog mana teman tak ingat pun menjangkakan ADUN Seberang Jaya ni akan meletakkan jawatan selepas raya ni kiranya peruntukan masih tidak dapat diuruskan olehnya. Namun dari blog PAS Penang lain pula ceritanya. Katanya ADUN Sungai Dua (N5) dan ADUN Teluk Bahang (N40) akan meletakkan jawatan nanti.

Cerita selanjutnya di SINI.Kiranya terjadilah PRK lepas raya ni, kena pula N5 Sungai Dua ni adalah kawasan rumah kedua teman selepas di Perak. InsyaAllah bolehlah membantu dan memantau lagi selepas hari tu di Permatang Pasir yang juga tidak jauh dari kawasan rumah kedua teman ni.

Wallahualam.

0 comments:

Malaysiakini