بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Konvoi Kelab Kereta Perak ke Lumut


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua

Malam tadi teman ada terima SMS dari seorang rakan dari kelab kereta yang lain dari teman dari Ipoh, menjemput menyertai konvoi berbuka puasa di Lumut. Acara ini akan diadakan pada hari Sabtu ini, 12/9/09 (hari jadi teman tu) setiap kelab kereta di Perak ini yang ingin menyertai perlu menghantar sekurangnya seorang wakil dari kelab masing-masing dalam konvoi ini.

Sesiapa yang berminat menyertai ini akan diperuntukkan setiap kereta RM100 (fuh, siapa dah ada kat area Manjung, free2 dapat duit tu). Sebelum tu teman nak cerita sikit mengenai kelab kereta yang teman join ni. Teman menyertai salah satu kelab kereta yang boleh dikatakan ada nama juga la di Malaysia ni. Kelab kami ni mempunyai lebih 3000 orang ahli berbayar yang mendaftar seluruh Malaysia. Di Perak sahaja kami ada seramai lebih 200 orang ahli berbayar yang mendaftar. Kelab kami ni adalah kelab rekreasi kereta yang mana merangkumi terutamanya kereta nasional khasnya. Namun sesiapa pun boleh join. Yurannya cuma RM20 seumur hidup. Nak dijadikan cerita, teman ni dipertanggungjawabkan mengendalikan kelab kereta ni di negeri Perak. Kiranya ketua cawanganlah. Baru2 ni negeri Perak menjadi tuan rumah untuk konvoi merdeka 2009. Pangkor destinasi kami.

Berbalik pada cerita jemputan tadi. Yang membuatkan teman tidak melayan SMS dan jemputan tu ialah kerana konvoi ni anjuran Pemuda UMNO Gopeng. Bukan sebab teman bencikan parti tersebut, tapi dalam kelab ni, teman tidak berminat untuk melibatkan politik atau parti sekalipun. Kalau nak , dah lama di Manjung , teman ajak semua join kiranya nak wat bersama parti2 lain. Bukan apa, teman biar nakkan ia universal, bagi teman la. Teman tahu dalam kelab teman ni, ada juga orang UMNO, parti2 BN lain dan juga dari Pakatan Rakyat. Namun bagi teman, teman lebih suka tidak terlibat dengan mana2 parti politik. Apa orang nak kata , katalah. Dapat duit sekalipun.

Kalau badan kerajaan atau NGO, persatuan belia ka? persatuan permotoran ke buat,dan peruntukan memang dari badan yang sepatutnya, insyaAllah boleh la turut serta sekali. Bukan apa, lagi sekali bukan apa, kelab yang teman sertai ni, pernah di negeri lain, bila libatkan politik je, dah jadi terikat, ada la 2-3 negeri. Bila dah dpt duit, mula la diungkit, dulu kami support la dan sebagainya. Itu yang teman tak gemor tu. Maaflah pada yang menjemput tu, teman lepas tangan,dan tidak berminat, kiranya ada ahli kelab teman tu nak sertai terpulanglah. Harap jangan bawa nama teman dan kelab secara rasminya.

Ini nak ke Lumut apa cerita? Nak sambut Zambry Mugabe ka? Atau konvoi iring dia? Ni bodek lebih ni. Kononnya ramai la sokong dia tu? Hehehe. Konvoi2.. Kiranya nk meramaikan sekalipun jangan harap la kamu tu masih la mendapat sokongan kuat rakyat negeri Perak ni.

Wallahualam

4 comments:

fawi said...

kalau tak silap dah dibatalkan...silap dah ditangguhkan pada waktu lain.. boleh check balik

aro said...

tak tau la haji, baru kejap tadi saya terima lagi SMS dari no. lain pula, menyatakan kiranya leader tak dpt join , minta hantar wakil, beri detail sebelum 3.45 ptg ni. Dan mlm nie di ipoh ada perjumpaan utk diserahkan senarai nama yang terlibat. Dgr kata konvoi akan bergerak dari Bangunan UMNO Ipoh ke Manjung Sabtu ni.

hamidun said...

Untuk Program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat itu telah ditangguhkan atas beberapa sebab teknikal. Insyaallah lepas raya ni...memang telah dirancangkan. Tunggulah dan bagitahu ler kat kawan2 mengenai maklumat saheh ni. Selain dari itu, mungkin UMNO buat konvoi gak....

aro said...

Yang teman cerita tu pasai konvoi UMNO nk wat tu.. diupah ngan duit kononnya dapat sokongan. Tue yang teman nolak tue. Pasai Pakatan Rakyat tue belum lagi teman dengar info , cuma dengar2 gitu je. Orait.

Malaysiakini