بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Kedai Mamak Yang Terlampau..


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua

Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Pengunjung. Memandangkan Hari Raya masih hangat di pasaran. Banyak kedai-kedai makan terutamanya kedai makanan Muslim atau orang Melayu masih tutup. Namun yang demikian ada juga kedai-kedai pilihan yang lain yang buka , contohnya kedai mamak ni. Teman takmau sebut nama kedai , sendiri tengok gambar la.

Rabu hari tu, teman pergi makan di kedai mamak ni di area Bagan (banyak cawangannya) , Pulau Pinang. Waktu tu tengah hari. Lebih kurang jam 1 lebih macam tu. Punya la ramai orang. Jadi semua beratur untuk mendapatkan nasi termasuklah teman dan isteri teman. Jadi kami pun pilih lah lauk yang ada. Yang bubuhnya mamak tu la, kita tunjuk bagitau je nak lauk apa. Bawah ni lauk yang teman pilih. Dua jenis je lauk yang teman pilih, ayam goreng ngan sayur. Pehtu dia pi tambah laks satu lagi lauk. Suka hati dia ja mamak ni.

Mamak ni suka-suka je g taruh telur sotong kat nasi teman. Mula tu nak belasah taruh udang, teman sergah "saya takmo udang la, saya takdak mintak.." Rupanya bukan teman sorang terkena, isteri teman dengan beberapa pelanggan sebelum dan selepas teman pun kena taruh secara suka hati mereka telur sotong ni. Bukan murah regenya.

Tengok bil kat atas ni. Memang terlampau sungguh mamak ni. Teman nya RM8.10 tu sebab tambah papadum satu (RM0.60) , kalau tidak sama rege ngan isteri teman RM7.50 sebab lauk sama saja ditaruhnya oleh mamak tu. RM2.50 tu rege minuman.Mentang-mentang orang ramai, dalam keadaan kalut, depa ambik kesempatan laks. Kalau tak biasanya ayam goreng ngan sayur nie paling mahal pun teman selalu kena RM5 ja. Nasi putih je pun, ngan kuah2 sket. Jadi telur sotong ni jatuh jadi RM2-RM2.50 skali bubuh. Mampuih!

Ramai gak yang merungut di meja memasing, tapi depan rezeki kan, mungkin semua bersabar je. Termasuk lah teman.Jadi lepas ni kalau nak g makan kat kedai mamak, hati-hati dan pelan-pelan pilih lauk. Depa ni bukan kira, tup tap rege melampau.. tambahan musim perayaan ni, ambil kesempatan lebih2. Kena amik iktibar dari pengalaman ni.

Wallahualam

7 comments:

Anonymous said...

Yang duk suka makan kedai mamak apasal? Kedai melayu yang murah bersepah.

moralnya..jgn masuk kedai mamak..hahaha

ummi memeng dah lama pangkah kedai mamak ni..mencekik darah planggan jek..tapi dalm depa menrungut2..pi gak masuk kedai mamak..tu yg heran..depa ada pakai apa2 ke..?? jeng..jeng..jeng...!!

ju said...

Aku memang tak pernah pun masuk kedai mamak,anak2 aku geli,kate deme tangan banyak bulu,kira kalau lapo macamana pun kami tak tempuh kedai mamak pun.Untuk aro ,kedai mamak depan tesco kampar jangan pi,nanti tak tebayo,itu kate member teman le.

banyak lagi penipuan yg dilakukan oleh mamak selain penipuan kedai makan.. antara mamak yg terlibat dlm penipuan ialah mamak zambery 786 dan mamak bari rumah kata pergi kubur kata mari

paloi bin mulau said...

bro,

teman kalau peniaga mcm ni memg tak bagi can. biasa teman memg suruh buang balik. bukan kita mintak pun.

aro said...

heh.. biasa teman makan di sg dua ja.. mmg kedai melayu je pegi, jarang sgt mamak, sapa kata suka sgt dok p kedai mamak? kalau dh terdesak.. dh tue. hari rabu aritue masih lagi raya, nak cari kedai melayu yang bukak sungguh bertuah kalau dpt jumpa. wallahualam

KUNYiiL said...

camtu la org .???.. dah tekena baru nak marah2 walhal tindakan awal bley diambil hehehe... mcm selepas pilihan raya dah tekena br nyesal pangkah parti hampeh tu...

Malaysiakini