بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

1KPN - 1 tahun lagi?

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

1KPN 1Malaysia a.k.a Musa Hassan dilanjutkan kontrak 1Tahun lagi. Berapa kali satu daa.. 1PM Najib ni dok ajaq rakyat tahu pasai no. 1 ja kot. Jangan lebih2 , satu sudah. Hahaha. Dengan pelbagai laporan, tohmahan , dedahan mengenai 1KPN Musa Hassan ni selama ini, boleh lagi diberi sambungan kontrak pada dia? Laporan rasuah, dibayangi geng kongsi gelap, jenayah yang masih berleluasa, banyak kes tertangguh lama kecuali yang babitkan bab politik cepat tindakannya.

Antara yang terbaru didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) mengenai 1KPN kita ni, mengenai akuan bersumpah yang dibuat seorang pegawai polis yang rapat ngan 1KPN ni dan pelbagai laporan sebelum ini oleh RPK. Polis Malaysia dibayangi jawatan dan tindakan oleh geng kongsi gelap? Kalau tak dibayangi macam mana pulak? Kena jadi macam semalam di Mexico kalau tak silap pegawai kanan polis yang baru dilantik diserang dan ditembak mati oleh sekumpulan pengedar dadah terbesar di sana. Dengan 'bodyguard' polis sekali ditembak mati. Pegawai berkenaan dilaporkan baru keluar dari pejabat. Tempat kejadian pun beberapa blok saja dari pejabat polis tu.

Mengenai antara perkara yang didedahkan RPK baru-baru ini boleh rujuk di kolumn Malaysia Today di SINI atau boleh lihat versi B.Melayu oleh Topeng Perak di SINI.
Artikel berkaitan kontrak Musa disambung setahun lagi;

Walaupun dipertikaikan, kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara dilanjutkan setahun lagi sehingga 12 Sept tahun depan.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam hari ini.

Beliau berkata lanjutan kontrak itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat perdana menteri dengan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Musa memulakan kerjayanya dalam pasukan polis sebagai seorang inspektor pada 11 Nov 1969.

Jawatan yang pernah disandangnya termasuklah penolong pengarah
Bahagian Narkotik Bukit Aman (1981), pensyarah Maktab Polis Kuala Kubu Baharu (1986), pegawai latihan di Bukit Aman (1991), timbalan penolong pengarah pendakwaan Bukit Aman (1995) dan timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (2001).

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua polis Johor (2003), pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (2004) dan timbalan ketua polis negara (2005).

Musa, yang berkelulusan undang-undang, dilantik sebagai ketua poli negara pada 12 Sept 2006.

Kelmarin, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula beliau dengan alasan peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatan kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.

Sementara Angkatan Muda PKR pula merancang menyerahkan memorandum membantah penyambungan kontrak Musa kepada menteri berkenaan esok.

Ketuanya Shamsul
Iskandar Mohd Akin akan menyerahkan memorandum itu di Putrajaya jam 2.30 petang. - MalaysiaKini

0 comments:

Malaysiakini