بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Sidang Media PRK N11 Oleh Pimpinan PAS



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Seperti biasa dari hari penamaan calon dan kempen PRK N11 dimulakan, satu sidang media rasmi oleh pimpinan PAS terutamanya oleh Pengarah bagi Pilihanraya DUN Permatang Pasir N11 , YB Dato' Mahfuz Omar diadakan sebentar tadi kira-kira jam 11.30 pagi di Markas Induk PAS Permatang Pasir , yang juga merupakan Bilik Gerakan dan Pusat DUN Permatang Pasir.

Sidang media pagi ini dihadiri oleh YB Mahfuz Omar sendiri, YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Idris Ahmad, Dr Dzulkifli Ahmad dan Rosidi Hussain.

*Isi kandungan Sidang Media akan menyusul kemudian.

Sebelum tamat sidang media untuk hari ini. Wartawan dan pimpinan dikejutkan dengan satu perkara yang amat menggemparkan dan penting sekali untuk didedahkan. Buat masa ini boleh lihat sahaja gambar di bawah ini sebagai antara bukti perkara tersebut. Perkara ini telah didedahkan di akhir sidang media tadi, namun buat masa ini juga biarlah pimpinan membuat keputusan dahulu sebelum berita penuh mengenainya disebarkan umum.







*Bukan teman tak mahu cerita lanjut, belum dapat green light. Dapat kebenaran dan keadaan sebenar barulah teman dedahkan sepenuhnya. Termasuklah isi kandungan Sidang Media bagi 20 Ogos 2009 (Tunggu teks kenyataan diterima) Wallahualam

0 comments:

Malaysiakini