بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Sidang Media Bekas Rakan Kongsi Rohaizat

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua
Pagi tadi kira-kira jam 10 pagi, satu sidang media tergempar telah diadakan di Bangunan Yayasan Aman , Penanti. Sidang media ini dibuat oleh Yusri Isahak, iaitu bekas rakan kongsi Rohaizat iaitu Calon BN bagi PRK N11 Permatang Pasir ini. Pada sidang media tersebut, Yusri mendedahkan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku pada tahun 2002 yang melibatkan Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang yang juga membabitkan Rohaizat dalam perkara ini.

Yusri Isahak, 39 tahun, juga adalah bekas peguam, namun demikian beliau tidak dilucutkan sebagai peguam sepertimana Rohaizat. Beliau hanya tidak memperbaharui lesen guaman beliau. Kini beliau adalah seorang kontraktor perladangan.

Beliau mengadakan sidang media ini adalah untuk menjawab kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan semalam bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara yang digembar-digemburkan mengenai dirinya - Rujukan Kenyataan Akhbar (Kenyataan Penuh Yusri Isahak akan disiarkan nanti)

Sidang media ini juga kata Yusri Isahak , adalah untuk memperjelaskan perkara sebenar yang berlaku, di samping untuk membersihkan dirinya dari di'kambinghitam'kan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai peguambela dan peguamcara.

Kata Yusri Isahak juga, beliau bersedia memberikan penjelasan di atas pentas PAS sekiranya diberi peluang dan diundang untuk berbuat demikian. Kata beliau lagi perkara ini dimulakan oleh Ahmad Maslan, tidak timbul soal beliau untuk memburukkan calon BN tersebut, namun hanya inginkan kebenaran sebenar diketahui ramai dan seterusnya membersihkan nama Yusri Isahak dalam perkara ini.

Bila ditanya oleh wartawan yang hadir, "Dalam PRK N11 ni , En. Yusri nak sokong siapa?" Jawab Yusri secara berseloroh, " Tentulah saya akan sokong sahabat saya.."

Wallahualam

0 comments:

Malaysiakini