بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Sembang Sembang PRK N11 Permatang Pasir



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua



Tadi tengah hari tadi lepas Zohor, teman ada pergi menjenguk juga Markaz Induk PAS Permatang Pasir yang juga merupakan Bilik Gerakan Induk PAS bagi PRK kali ini. Tidak banyak yang teman nampak sangat. Teman pun sampai jam 2 ptg camtu, awal lagi jam 11pg diorang ada wat sidang media bersama bloggers Pakatan Rakyat, ramai gak la bloggers ternama dari KL, Perak dan sekitarnya yang hadir. Sempat jumpa dan bersalam je lepas diorang balik dari lunch.
Yelah teman ni cuma insan kerdil je apatah nak ajak bergambor. Hehehe. Tak ramai pun bloggers yang turun, dengar cerita dari Wak Albanjari , insyaAllah Jumaat ni ramai yang berkampung di sini, sebab ramainya Khamis baru mula bercuti.

Dapat juga teman jumpa Wak Albanjari. Risau juga teman. Pergi ke Markas tu sorang pun teman tak kenal. Tanya2 pun masa teman sampai tkde pun blogger kat situ. Rupanya deme g lunch. Hehe. Tunggu kejap teman. Sambil tu, tengok ramai petugas dah mula menggerakkan kerja. Amik risalah dan poster untuk diagihkan. Maaflah teman nak tangkap gambar tak teringat langsung. Maklumlah ada camera phone je. Sekeping je teman tangkap yang gambor poster sidang media tu je kat ataih tu. Heheh.

Masa teman menunggu ketibaaan Wak Albanjari , sebelum tu ketibaan geng2 bloggers PR dari lepas makan, antaranya Zorro Unmasked and the geng. Teman tak cam sgt muka. Tapi semua muka depa tue familiar la di arena blog ni di Malaysia. Rasa macam teman tengok tv je bila tengok depa. Heheh. Berbaju hitam ramai di antara mereka. Teman pun kenakan t-shirt hitam gak tadi. Heheh. Nunggu baju Bubar DUN ni tak sesampai lagi. Huhuh.

Sementara tu, teman sempat berkenal ngan beberapa petugas dari negeri Kedah yang sampai ke Bilik Gerakan untuk memulakan tugas masing2. Cuaca tadi agak mendung gak, hujan di petang hari. Ni malam pun hujan lagi. Nampak agak perlahan sikit la hari ni. Dengar khabar pun baru hari ni secara rasminya kempen dimulakan dan poster serta risalah diedarkan.

Laluan permatang pasir ni selalu menjadi laluan teman gak ke BM kalau tak ikut highway, berbeza sungguh la suasana. Agak meriah walau agak perlahan nampak disebabkan cuaca tidak menentu. Biasa lalu jalan ni relax je. Kecuali time balik kerja, sesak sikit. Tapi time waktu bekerja kelihatan ramai yang lalu lalang, petugas PRK , orang ramai mahupun pihak keselamatan.

InsyaAllah kiranya ada info lagi dan gambo teman update yea. Terpegun lihat suasana sampai lupa nak amik gambo. Heheh..

Wallahualam

0 comments:

Malaysiakini