بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Pengalaman Kerja Di Tempat Orang

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera Semua

Sekian lama tidak bersua. Dah dok di Penang ni, info pun kurang dapat. Alhamdulillah dengan kerja baru teman ni, dapat mengisi sedikit ruang-ruang perbelanjaan bulanan. Lebih menarik dan bagusnya, kerja teman ni dapat merubah dan menyedarkan teman tentang kematian yang bakal kunjung tiba tidak tahu bila masanya, wallahualam. Teman ni bukan kata baik sangat atau alim, tapi dengan kerja baru ni banyak mendekatkan teman kepada Maha Yang Esa. Alhamdulillah.

Suasana kerja agak menarik. Yang seronok, kerja tak tentu masa, dapat jugak masa terluang, tapi nak online payah sikit, rumah mertua line mcm hampeh. Hehehe. Kerja teman sekarang banyak kepada memberi taklimat dan penerangan kepada orang ramai di sekitar Seberang Perai. Dengan pengalaman pernah buat marketing Celcom , tutor MLVK dan IT , teman dapat berinteraksi dan berdepan ngan 'public' dengan mudah dan mesra. InsyaAllah.

Namun suasana di sini agak berbeza daripada di Manjung, dengan trafiknya, dengan keramaian rakyat di sana sini. Fuh, memang lain sungguh. Pagi2 jalan dipenuhi dengan kenderaan dan selalu sesak. Setiap hari boleh dikatakan ada saja kemalangan kecil. Semua bergegas nak pergi kerja, kenderaan laju2, ikut rapat2, biasalah perkara ini saban hari di sini. Ulat2 accident saban hari kelihatan di lebuhraya memantau keadaan. Satu pengalaman baru bagi teman, walaupun selalu balik ke Penang ni disebabkan wife kerja di sini. Tapi mengharungi setiap hari suasana agak berbeza dari balik seminggu sekali ke sini. Memang mencabar.

Teman kerja 5 hari 1/2 seminggu. Kira Sabtu 1/2 day la. Tapi minggu ni, teman kerja sampai hari ni je. Esok start cuti sampai Ahad. Kelab kereta yang teman join ada wat Konvoi Amal Jelajah Perak ke Pulau Pangkor 7,8,9 Ogos ni. Disebabkan teman antara AJK yang terlibat bagi Negeri Perak. InsyaAllah mulai esok teman ada kembali di Manjung. Welcome back to Manjung. Hehehe.

Iklan sat, kiranya ada lagi last minute ni nak beri sumbangan untuk golongan yang memerlukan semasa program kami di Pangkor ni, bolehlah contact teman. Kami akan mengadakan program amal ni bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung pada hari Sabtu ni di Pangkor Rimba Kem, Teluk Nipah. Sumbangan amatlah dialu-alukan tidak kira wang ringgit, dan sebagainya.

PRK Permatang Pasir semakin hampir. Siapa calonnya? Memandangkan tempat PRK tu berdekatan sangat dengan tempat teman tinggal di Penang ni, insyaAllah nanti teman boleh dapatkan info dan update untuk tatapan rakan2 sekalian. Sehingga ketemu lagi.

Wassalam.

2 comments:

sumbu said...

ngapa mike x join blogers mentekedarah kat hasnah tomyam ni...kalau mike ada lagi meriah. Mike korje ngan JKM ker?

ARJUNA LESTARI said...

kerja dgn JKM? hahahahah..jgn le keje dgn JKM..Jabatan Kejar Masa..Jabatan Kena Marah

Malaysiakini