بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Intai-intai Permatang Pasir (4)



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua





Tinggal lebih kurang 8 jam lagi waktu pengundian bagi DUN Permatang Pasir N11 ini akan bermula. Dan tinggal tidak kurang 1/2 jam lagi kempen pilihanraya untuk kedua pihak akan tamat. Hari ni teman tidak ke mana-mana. Malam tadi wat rondaan sikit je, almaklumlah naik motor. Hari ni seharian dok rumah, demam la pulak. Kerja pun tidak hari ni. Dari apa yang dilihat dan pantauan yang dibuat, insyaAllah, kemenangan rakyat dapat dikekalkan dan insyaAllah juga majoriti mungkin boleh naik. Bergantung kepada ketelusan petugas SPR juga.

Apa yang teman nampak , bagi PAS lebih banyak kerja dan kempen dilaksanakan begitu juga pihak BN, namun yang demikian, bagi PAS dan Pakatan Rakyat lebih banyak sambutan yang diterima berbanding pihak BN. Dari awal pagi sehingga ke tengah malam, para petugas PAS dan Pakatan Rakyat tidak mengira masa dan penat lelah bertungkus lumus membuat kerja. Dari markas induk Permatang Pasir, sentiasa sibuk dengan perancangan, strategi dan tugas masing-masing untuk memastikan kemenangan calon PAS , Ustaz Salleh Man.

Bagi PAS, hanya inilah caranya untuk memperoleh kemenangan. Nak harapkan media utama, kirim salam lah. Radio MutiaraFM pun tolong kempenkan BN, meluat betul teman dengar radio tadi. TV anda semua tahu sendiri la. Kita cuma harapkan sebaran maklumat warta permatang pasir, ceramah2, kunjungan rumah ke rumah dan para bloggers serta media team PAS untuk menyebarkan maklumat yang terkini dan sebenar. Walaupun setiap hari media utama hadir untuk sidang media PAS setiap jam 11 pagi di markas induk, tak kira la RTM, NTV7, Astro Awani, Bernama dan sebagainya. Bila dah diterbitkan lain pulak ceritanya. Memang meluat sungguh la. Hampir setiap hari teman ada di sidang media tersebut, cuma hari ni dan semalam tak sempat ada. Mungkin bukan salah wartawan tersebut. Namun teman ada ada risik sorang wartawan ni. Tak tau dari media mana. Bila time pimpinan beri maklumat tentang kesalahan BN, wartawan ni minta cameraman dia 'pause' kan recording. Tiba pasal mende lain dia sambung recording. Apa la citanya..

Namun lagi beberapa jam kita tunggu sahaja. Proses pengundian akan dimulakan. Doakanlah kemenangan rakyat dikekalkan. Ni teman ada copy paste amanat Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dari blog Cenangau untuk tatapan semua terutamanya kiranya ada pengundi di Permatang Pasir yang membaca blog ini , insyaAllah.

Amanat TG Nik Aziz

"Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 Permatang Pasir ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009.

"Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno-BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang," katanya.

Beliau juga meminta agar digunakan kesempatan pilihan raya kecil kali ini dengan penuh cermat.

"Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan itu pernah membawa kemenangan yang besar?

"Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekali gus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidakadilan," katanya lagi.

Video Amanat TG Hadi Awang



0 comments:

Malaysiakini