بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Intai-Intai Permatang Pasir (3)



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua

Seperti hari sebelum2nya setiap pagi diadakan Sidang Media Khas oleh pimpinan PAS. Namun pagi ni teman tak dapat lama nak bertapa kat markas kerana urusan keluarga. Pak mertua kurang sihat. Tadi pun bawak orang rumah kejap ke markas. Bukan leh dok lelama dia. Heheh.
Isu yang dibangkitkan hari ini ialah banyak menyentuh kepada program calon dan juga menjawab tuduhan2 yang dilemparkan. Juga isu mengenai Rohaizat dan Khairy Jamaluddin juga dibentangkan. Hari ni tak dapat pula transkrip sidang media sebab balik awal. Dapat la snap gambar sidang media untuk hari ni. Juga Dato' Mahfuz menjangkakan peratusan mengundi mungkin menurun. Juga pelbagai isu lain yang berkaitan dilaporkan.

Lebih kurang jam 11.30 pagi teman pun mula gerak, atas sebab urusan keluarga, tak dapat join abang2 otai di markas hari ni, depa buat kerja pantas dan dasyat. Teman pun tk tau nk wat pe.. tengok je la. Hehe.. Harap diorang ok hari ni. Malam ni insyaAllah akan ada di kawasan berhampiran untuk meninjau. Cuaca pagi td, tengah hari dan sampai sekarang agak mendung, tak panas sgt, tadi hujan sekejap2 , memang syok la lena. Heheh. Dalam perjalanan balik ke rumah tadi, bertaburan bendera BN-UMNO di atas jalan. Tak kuat kot depa ikat. Yelah tukang ikat semua kontrak berbayar kan. Janji duit masyuk kan. Hahaha. Kesian kat depa.

Petang ni teman mungkin lalu sat tengok2 meninjau. Malam ni surely insyaAllah. Abg ipaq dan kak ipaq ada. Leh ronda2 cari makan. Hehehe.. Ok lah , sehingga ketemu lagi. InsyaAllah.

Wallahualam






0 comments:

Malaysiakini