بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Intai-Intai Permatang Pasir (2)

Assalamualaikum wbt Dan Salam Sejahtera Semua

Pertama sekali teman ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua pengunjung blog teman yang tidak seberapa ini, kepada semua rakan-rakan bloggers sama ada di Manjung, sekitar Perak dan seluruh negara. Kepada yang bertugas dan melaporkan yang terkini di DUN Permatang Pasir terutamanya Wak Albanjari, Cenangau, Perisik Rakyat , Zorro Unmasked dan ramai lagi. Memang mereka ini bekerja keras untuk melaporkan perkara yang terkini dan terbaik untuk tatapan semua pengunjung blog dan rakan-rakan bloggers lain. Syabas diucapkan. Seterusnya selamat berpuasa kepada semua. Diharap bulan mulia ni, kerja dan usaha murni mereka tetap diteruskan walaupun menghadapi dugaan dan masalah.

Petang semalam, lepas Asar , kira2 jam 5.30 petang, teman keluar kejap dari Markas Induk Permatang Pasir, meronda kawasan, ambil angin. Waktu ni ramai petugas di Markas pun sedang berehat sementara menunggu tugasan di malam hari. Waktu petang semalam , waktu orang balik kerja. Kena pulak hari ni start puasa. Semua berpusu2 untuk pulang ke rumah dan bersedia menghadapi Ramadhan. Siapa yang naik kereta memang masak la, jalan jem. Tidak kira la di mana pun. Mujurlah ada pihak polis yang bertugas. Itupun bukan semua yang membantu memudahkan perjalanan. Mana yang sukarela dan baik hati ada la yang membantu. Terima kasih pak polisi. Heheh.

Berbalik cerita petang semalam tu. Teman dalam perjalanan menuju ke pekan Sungai Dua, rasanya lepas sikit Kg. Bukit Jelutong. Kelihatan kumpulan Wanita dan Puteri BN berkempen dari rumah ke rumah. Nak bagitau sikit la nie depa kempen dah tak pakai pakaian rasmi parti depa, sama ada BN ka UMNO. Pakai macam nak pegi kenduri, bergaya bukan main. Langsung tak dak rupa kumpulan depa. Ataupun depa ni risau jadi pepe kot, ye la majoriti kawasan N11 ni bukan sokong depa ni. Atau ini taktik terbaru mereka mengaburi mata semua. Heheh. Kemudian masa teman slow bawak motor, nampak kat satu rumah ni, seorang pakcik lingkungan 60an dok pegang senduk2 , ingatkan nak buat pa, rupanya nak di'gulai'kan kumpulan Wanita dan Puteri ni. Dihambatnya suruh gi main jauh2. Kena halau. Entahlah apa sebab. Sendiri mahu faham la. Hehe.

Pagi semalam, di Sg Dua, berhampiran juga la dengan Permatang Pasir ni, sewaktu semua warga setempat menuju ke tempat kerja. Banyak kenderaan yang disaman , sebabnya bila jem, depa nak ikut kiri jalan, konon nak pintas jalan la. Tiada maaf bagimu. Lebih kurang 10 orang anggota trafik siap dengan buku saman. Pelbagai alasan diberi namun tiada yang lepas. Ada juga kenderaan yang cuba masuk balik ke lane asal bila nampak yang lain disaman. Mujurlah orang rumah teman tak kena. Heheh. Elok juga buat macam ni. Mana tak jem lagi teruk, dah masuk ikut kiri pastu nak masuk balik lane asal. Lagi teruk la jemnya.

Lepas abis meronda petang semalam, teman terus balik ke rumah. Malam tadi buat rondaan lagi. InsyaAllah pagi ni karang, teman kembali ke Markas, seperti biasa jam 11 pagi karang Sidang Media Rasmi akan dibuat. Kita jumpa lagi. Wallahualam.

1 comments:

Manjungmari said...

Selamat Menjalankan Ibadat Puasa...
Rajin-rajinlah sikit melapor berita terkini...
dari sana... kami disini sentiasa menunggu laporan dari sana....Risau juga YOB....nak tunggu jam 7 ptg 25 Ogos nanti....

Malaysiakini