بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Program Amal ProCC Motorsport 2009

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua


ProCC Motorsport
Since 2002
www.protonclub.com

Program Amal Bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia



Klik Pada Banner Di Atas Untuk Info & Pendaftaran

Program Bersama Yang Tersayang Dengan Kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Daerah Manjung (JKM) akan diadakan pada hari Sabtu 8 Ogos 2009 di Dewan Utama, Pangkor Rimba Kem, Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari. Pihak JKM telah memilih beberapa nama terdiri dari klien pihak JKM untuk diraikan semasa program ini dijalankan. Mereka yang terlibat terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan juga warga tua.

Sehubungan dengan itu, kami menyeru mana-mana pihak yang sudi dan ingin memberikan sumbangan atau bantuan dalam apa juga bentuk adalah dialu-alukan bagi menjayakan program ini. Kerjasama yang diberikan dari pihak tuan/puan adalah sangat dihargai. Segala bantuan atau sumbangan yang akan dibuat boleh disalurkan kepada penganjur program ini iaitu wakil kelab ProCC Motorsport iaitu saudara Reza selaku Pengurus ProCC Motorsport (Cawangan Perak).

Kepada yang ingin menyalurkan bantuan, derma, hamper atau sebagainya bolehlah hubungi teman untuk 'deal' dengan wakil kelab berkenaan. Terima kasih.

0 comments:

Malaysiakini