بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Perak .. Oh Negeriku..



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua


Teman nak cerita pasal negeri Perak lagi. Nak cerita pasal PRK Manek Urai , teman pun tak ke sana, informer terapat teman pun tak berapa sihat, kalau tak minggu ni insyaAllah teman ke sana ikut beliau. Namun sampai hari ni tiada panggilan/mesej diterima dari beliau. Beliau sakit kaki terpaksa bertongkat sekarang. Dok ada kt umah. Takpela doa2kan dia sihat cepat. Leh ikut dia , dapat info sikit.. Hehehe.. Beliau ni org berjawatan gak la di PAS Perak. Siapa dia ? Biarlah rahsia. Hehehe.. So kalau nak tau cerita PRK Manek Urai leh tengok kat sini dan di sini.

Kalau tengok berita online dan offline ni, kisah DUN Perak nak bubar, 2 ADUN nak lompat balik la, nafi itu ini, hubungan baik , tiada masalah. Lihat di sini dan sini pula. Macam2 cerita , spekulasi dan sebagainya. Bila timbul khabar angin sebelum ni, bahawa 2 orang ADUN Bebas ni hilang tidak dapat dikesan, dan diakui oleh seorang ADUN BN lepas 30 JUN tidak dapat jumpa dah. Kebetulan pula ada bertemu pimpinan PKR di Bkt Gantang, kemudian berjumpa Nizar, berbual di telefon dan sebagainya. Agaknya betul ke cerita ni? Janji untuk mereka dilantik Exco bebas pun dibatalkan disaat akhir. Apa keheinye.. ? Heheh.. Itulah.. Nak lompat sangat, kan dah susah. Sebab depa berdua ni la politik Perak jadi tidak ketentuan. Kata DS Zambry , spekulasi yang cuba untuk mengadakan suasana politik yang tidak stabil di Perak? Stabil ke Yob? Setakat mesyuarat exco je boleh buat, nak lulus itu ini, duit nya mana? Dibawa khas dari Kolumpu tu cukup ke yob? Heheh.. Kesian orang Perak ni termasuk la teman..


Mike nengok muka deme kt sebelah nun -->
Aduhai.. apa kene mike berdua nie? Kejap gitu , kejap gini.. Heheh.. Itulah kome.. Awat awai2 tak mintak je full payment. Nie wat installment brp kali bayar? Baru sekali dapat katanya.. tunggakan masih tertunggak? entah la yob. Harap kome berdua pikir la sebaiknya.. Rakyat dah menderita, sumbangan dan bantuan susah nak disalurkan, konon disalurkan pehtu boleh 'claim' pulak. Macam2..

Teman pun tak banyak story sbb kurang dpt info. Blog2 yang teman ikuti banyak juga info. So ada yang info sama teman terima, jadi teman tak publish la. Kita sama2 publish info, jadi baik bekerjasama. Walau info sama nanti takut cerita dia jalan tak sama. Heheh..

Diceritakanlah pada teman, tak tau betul ke tidak la kan. Orang besar gak cerita ni. Masa DS Nizar jadi MB (skang masih MB Rakyat Perak) , ada la sorang tokey ni nak majukan satu tempat dengan satu projek, jadi tokey nie tanya DS Nizar kiranya tokey ni dapat projek tue, apa yang DS Nizar mahukan? Jawab DS Nizar, beri derma dan bantuan kepada anak yatim dan orang susah. Tapi tak sempat tokey ni nak dapat projek tu. Kerajaan haram UBN dah rampas BN, disebabkan 2 katak di atas tue la + sorang lagi Jelapang tu. Namun tokey ni tanya pula pada DS Zambry ni, kalau dapat projek tersebut, DS Zambry nak ape? Dia nak 10% dari projek tersebut. Fuh.. Cancel terus.. Hehehe.. Betapa mulianya tokey ni walau mungkin sebelum ni kebanyakan tokey atau tokey tersebut pernah berurusan sebegitu. Entah la.. Heheh..

Bubarkan la DUN. Jangan buat rakyat merana, susah dan menyusahkan. Peruntukan dan bantuan susah nak disalurkan. Ekonomi negara dan dunia bukan ok sangat pun. Asyik harap Kolumpo tu bantu , tumpoo yob.. nengok Najib pun dh tak pandang sgt kt Perak ni. Tau bermasalah, dia lepas pada Muhyiddin. Ni Muhyiddin galas masalah PPSMI, mansuh lagi 3 tahun? Awat? Tender2 dh diberi? Duit dh bg? Takut tkdak pulangan? Kesian dia kena tanggung masalah lagi. Krisis kt Perak pun serah kt dia.. Kan senang serah je pada rakyat. Ni nanti kena gak wat sidang DUN mahu tak mahu, Belanjawan kene bentang. Speaker Ganesan speaker haram. Camne tu? Nk wat huru hara lagi ka? Pikior bebaik yob...

Wallahualam

0 comments:

Malaysiakini