بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Kerja Oh Kerja !

Assalamualaikum wbt Dan Salam Sejahtera Semua

Terlebih dahulu diucapkan sekali lagi terima kasih kerana sudi singgah seketika ke blog teman yang serba ringkas dan carca marba ni. Hehe. Kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat, rakan-rakan bloggers seperjuangan, otai-otai bloggers, terima kasih banyak2 di atas sumbangan dan khidmat nasihat selama ini.

Mulai hari ini, teman mungkin akan kurang berada di sekitar Perak a.k.a Manjung ni, kerana baru menerima kerja baru walaupun belum tetap jadilah untuk tambah pendapatan seketika. Sudah berkeluarga ni banyak belanjanyakan. Sudahlah pula duduk berjauhan belanja pengangkutan lagi, tol lagi dan macam2 lagi la. Jadi kemungkinan blog teman akan sunyi seketika tanpa info terkini dan maklumat serta ilmu yang boleh dikongsi bersama. Namun yang demikian , rakan2 yang sentiasa singgah bolehlah rujuk juga pada blog list yang teman ikuti di bahagian tepi kanan page blog teman ni. InsyaAllah banyak update dari rakan2 blogger yang lain.

Sehingga bertemu lagi , InsyaAllah.
Wallahualam.

Malaysiakini