بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Keikhlasan Dalam Solat Jenazah

Assalamualaikum wbt Dan Salam Sejahtera Semua

Terlebih dahulu saya ingin memohon ampun dan maaf kiranya nukilan teman ini nanti menyinggung perasaan atau pun menyimpang daripada kebenaran. Harap yang lebih arif dapat memperbetulkannya nanti.

Zaman yang serba moden dan mencabar ini, kita sering kali memikirkan bagaimana ingin menambah pendapatan dan menjana kehidupan yang lebih sempurna. Di samping itu kita juga sering bertanyakan pada diri kita adakah kita ikhlas dalam sesuatu pekerjaan atau ibadat sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah yang kita lakukan selama ini?

Berbalik pada solat jenazah, apabila ada kematian di sesuatu tempat/qariah , sesudah diuruskan jenazah tersebut dengan mandi , kafan dan sebagainya, seterusnya akan dilakukan solat jenazah ke atas mayat tersebut tidak kiralah di masjid , surau atau pun di rumah waris. Masakini dilihat rata-rata solat jenazah ini, kepada jemaah yang turut serta akan diberikan saguhati oleh waris dan biasanya duitlah yang diberi. Di beberapa kawasan yang teman pernah lihat dan hayati, teman lihat di beberapa qariah dan kawasan yang mengamalkan pemberian wang kepada jemaah.

Apa yang menjadi persoalan di sini adakah jemaah ini ikhlas dalam menunaikan solat jenazah ini? Bukan meragui, cuma persoalan. Ini adalah kerana di beberapa tempat ini yang dilihat meminta seperti dibayar setiap orang sebanyak sekurangnya RM4 dan ada juga yang diminta diberi duit minyak kerana datang dari jauh seolah-olah diperlukan untuk mencukupkan syarat jemaah untuk bersolat. Teman pun bukan nak menuduh atau sebagainya. Kerana ada saudara terdekat dengan teman pun mengamalkan begini, sehinggakan kadang kala di luar qariah dan daerah sekalipun mereka redah untuk menunaikan solat jenazah ni. Kalau di Pulau Pinang, Kedah ni, depa cakap ada semayang mayat. Yang menariknya seolah-olah ada sorang informer yang tolong bagitau di sini ada orang meninggal, di sana ada orang meninggal, kemudian dengan pantas sekurangnya dengan 10 kereta sarat dengan jemaah sampai ke tempat kejadian. Paling banyak teman dengar 40 biji kereta sampai. Sampaikan ada ketika tu orang kampung tu sendiri tidak mengenali jemaah ni. Ye la datang dari jauh. Cepat pulak tue sampai. Tau-tau je ada semayang mayat ni. Dilihat pada mereka ni seperti satu sumber pendapatan , entahlah. Teman pun tidak arif sangat. Cuma nukil apa yang teman dengar dan nampak.

Adakah wujud keikhlasan dalam kita melaksanakan ibadat ni? Kiranya sedekah dari waris tu boleh diterima nampaknya, tapi sekarang boleh ada 'DEMAND' dari jemaah itu sendiri.Teman pun tertanya-tanya, kiranya boleh ada sesiapa yang lebih arif menerangkannya.

Wallahualam

0 comments:

Malaysiakini