بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

e-Jenazah


http://www.e-jenazah.com

Projek e-jenazah adalah satu cetusan ilham inovatif untuk melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah umat Islam di Malaysia dengan lebih sistematik, bersepadu dan mengikuti hukum syarak secara sempurna.

Dalam membangunkan sistem ini, aspek-aspek hukum telah dipertimbangkan dengan sehalusnya oleh Panel Penasihat Syarie yang terdiri dari para mufti-mufti negeri, kumpulan ulamak dan peguam peguam syarie. Ini adalah selaras dengan matlamat utama kami untuk membangunkan untuk umat Islam satu sistem pengurusan jenazah yang berlandaskan hukum syarak dan ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna melalui pemantauan berterusan baik diperingkat pengurusan mahupun di peringkat operasinya.

Dalam memastikan sistem ini dapat dilaksanakan dengan sistematik dan mesra pengguna, maka pelaburan yang besar telah diperuntukkan bagi membangunkan sebuah ‘Call Centre’ yang dilengkapi dengan perkakasan dan perisian tercanggih masakini. ‘Call Centre’ ini akan bertindak sebagai pusat pemerosesan untuk mengkoordinasikan segala urusan perkhidmatan yang akan diberikan kepada pelanggan e-Jenazah.

e-Jenazah ini ditawarkan kepada masyarakat Islam melalui satu skim bayaran mudah yang yang sama sekali tidak membebankan. Melalui skim ini pelanggan hanya perlu membayar serendah RM 60.00 setahun bagi membolehkan perkhidmatan lengkap dalam pengurusan jenazah dapat disalurkan disaat yang paling diperlukan dimana wang ringgit tidak lagi menjadi prioriti malah perkhidmatan yang sempurnalah yang sangat diharapkan.

e-Jenazah mempunyai keistemewaan sendiri dimana ianya agak berlainan dengan skim skim seumpamanya yang berada dalam pasaran. Keistemewaan e-Jenazah terletak pada konsep Perkhidmatan Pengurusan Jenazah yang bersepadu mengikut Syariat yang akan diberikan secara SEGERA apabila terjadi kematian. Waris simati cuma perlu menghubungi ‘Call-Centre’ e-Jenazah melalui ekses mudah yang disediakan.

Apabila berlakunya kematian, terutamanya di kawasan bandar, yang paling merungsingkan adalah pengurusan jenazah secara cepat dan sempurna. Melalui e-Jenazah perkara ini tidak perlu dirisaukan lagi, kerana Panel Pengurusan Jenazah kami yang terlatih yang dibentuk di setiap daerah akan segera memberikan perkhidmatan bermula dengan pengurusan jenazah di peringkat awal sehinggalah urusan pengkebumian.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan , Sila Rujuk Sini ~> Perkhidmatan e-Jenazah

Masa kini pelbagai perkhidmatan elektronik sudah ditawarkan kepada semua. Apa pendapat anda semua tentang perkhidmatan ini? Minta berikan pandangan. Wallahualam

0 comments:

Malaysiakini