بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Presiden PAS umum perlantikan pimpinan yang baru

Semalam, Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS telah mengumumkan beberapa nama sebagai pimpinan terbaru PAS. Sudah dijangkakan Dato' Mustapa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru (antara jawatan kanan parti) menggantikan Dato' Kamaruddin Jaafar. Ustaz Idris Ahmad pula mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hj. Mahfuz Omar sebagai Ketua Penerangan PAS yang baru (Haji Mahfuz kini Naib Presiden PAS). Manakala Bendahari PAS Pusat masih kekal dijawat oleh Dr. Hatta Ramli.

Seperti yang dijangka juga dan sememangnya menjadi permintaan semua pihak termasuk pimpinan tertinggi yang lain, Dato' Husam Musa dan Hj. Mohamad Sabu dipilih sebagai AJK PAS Pusat, dan diberi memegang beberapa tugas khas dalam parti. Mereka in telah tewas dalam perebutan jawatan timbalan Presiden PAS yang masih kekal ditangan Ustaz Nasharuddin. Namun demikian ketokohan , kepetahan, serta tanggungjawab yang mereka pikul selama ini adalah wajar bagi mereka diberi jawatan yang penting dalam memastikan keseimbangan dan masa depan parti dapat terus diperjuangkan serta kepimpinan dalam Pakatan Rakyat dapat diteguhkan lagi.

Husam dan Mohamad Sabu dilihat penting dalam menjalankan kerjasama dan tanggungjawab bersama rakan-rakan parti Pakatan Rakyat di samping tugas dalam parti PAS. Tahniah diucapkan kepada mereka. Kepercayaan yang diberikan kepada mereka adalah harapan semua ahli dan penyokong PAS serta pendokong gerakan Pakatan Rakyat. Teruskan perjuangan!

Manakala Timbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Dato' Mustafa Ali sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat yang baru. Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Wan Ubaidah Wan Omar ialah dua muka baru yang dilantik. Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula.

Tahniah kepada semua yang dilantik. Selamat Bertugas dan Teruskan Perjuangan Demi Masa Depan yang lebih terjamin, insyaAllah. Allahuakbar!

0 comments:

Malaysiakini