بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Posting Kosong

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua. Harap semua sihat-sihat sahaja. Teman 2 minggu ni agak sibuk berulang P.Pinang - Perak. Ada kerja sikit di sana. Bila ada di P.Pinang payah sungguh nak online di rumah mertua. Line streamyx macam hampeh. Kejap ada kejap takde. Dapat surfing kejap, berejam tak leh online. Naik bosan dibuatnya. Bila balik ke Perak ni ok sikit. Tapi yang besh kt P.Pinang sana, teman ada PC berkuasa tinggi tapi malangnya line internet laks tak berkuasa. Hahaha. Kat Perak ni line berkuasa tinggi malangnya pula laptop teman ni kira boleh jalan je la, intel centrino lama, RAM je 2gig. jadilah. Cuma nak tunggu loading picture dan page la nunggu sikit. Hehehe.

Cerita hari Khamis malam jumaat di Manjung, area rumah teman Samudera, Desa Bayu, Venice dan yang dekat2 blackout dari jam 12mlm sampai 6 pagi. Fuh tak leh lena terus, dengan panas satu, nyamuk lagi. Dok dalam keta kena aircond kejap, masuk balik rumah. Apa ntah masalah letrik kawasan sini yea? Siang tu di Sitiawan beberapa kali blackout, kat traffic light berebut semua kereta nak jalan. Malam sblum tu jadi gak kt Sitiawan, tapi tak lama la. Kena area rumah teman malam tue lama sungguh, hampir 6 jam. Jenuh bertahan. Harap-harap apapun masalah yang dihadapi diselesaikan TNB Daerah Manjung ni dengan segera. Dengar cerita hari jumaat tu sekitar samudera banyak kedai runcit kehabisan stok lilin. Ramai pakat beli, dengar cite nanti lepas ni akan kerap blackout. Apa sudah jadi!?

Jumaat pagi tu teman balik ke P.Pinang, kali ni dengan bas. Tak larat la nak pakai keta saja, minyak, tol lagi, tetiap minggu, tumpur chor! Heheh. Lagipun orang rumah kat sana ada keta gak. Pegi pagi sebab ada kerja sikit kat Bandar Perda tu. Sabtu layan konvoi kenduri rakan kelab kereta yang teman join di Parit Buntar. Petang tu takdak buat apa. Ada la rakan-rakan SMS dok cita masalah di Taiping yang masih berlarutan. Wallahualam. Harap2 selesailah. Masa nak balik pagi jumaat tu, tengok roadblock kt changkat jering masih ada lagi. Tapi balik siang tadi perasan kat Trong ja. Rasanya semua dah ok. Alhamdulillah lah kalau macam tu.

Dalam perjalanan balik ke sini dengan bas seri maju. Bas pilihan ramai Lumut-Butterworth. Hehehe. Dapat SMS dari rakan yang sedang menyertai program apa ntah di SUK. Ada la dapat cerita sikit2 dari beliau. Dia pun pasang telinga dengar orang2 berprofil tinggi di SUK tu bersembang. Aha.. apa ceritanya..? Satgi teman posting lain.. Heheh.. Maaflah tak dapat nak update sangat cerita. Tapi kalau hangpa ada cerita leh la email kat teman di rmreza@gmail.com. Apapun teman sentiasa mengikuti perkembangan semasa ini sebaik mungkin. InsyaAllah.

Wallahualam.

Tahniah Diucapkan Kepada Dato' Seri Ir. Hj Nizar Jamaluddin

0 comments:

Malaysiakini