بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Perak : Hari Bersama Pelanggan Atau Hari Menagih Rakyat ?


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Semua. Sudah lama teman tak update blog. Masa is time. Kurang dapat online dengan sesedap rasa. Heheh.. Tapi teman tak lupa tengok gak info dari blog2 lain yang teman ikuti. Taulah serba sikit cerita. Pasal kebakaran di Pusat Serenti tu pun teman tak dapat nak update kat blog, sempat bagitau saudara Manjung Mari serba sedikit. InsyaAllah ada yang terluang akan cuba aktifkan diri di blog di lain masa jika diizikan olehNYA.

Siang semalam ada rakan bercerita pasal program yang akan berlangsung ni. Almaklumlah rata2 rakyat semakin membenci dan meluat dengan apa yang telah dilakukan ke atas kerajaan Pakatan Rakyat Perak sejak Februari lalu. Pelbagai program seluruh negeri Perak di'paksa' diadakan oleh Kerajaan haram BN ni untuk menagih simpati dan meraih kembali sokongan rakyat kepada mereka. Program pecah tanah, program mahasiswa bersama rakyat, program penerangan (media yang sedia ada tak cukup agaknya) dan sebagainyalah. Sebelum tu di Kampar (Dewan Perbandaran Kampar) baru2 ni, rakan teman yang bekerja di sana bagitau , program di sana pun tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, yang datang staf2 jabatan kerajaan yang berkaitan di kawasan terbabit. Itupun rakan teman cite 'kerana terpaksa'..

Apatah lagi di Jelapang sebelum ni , lagi haru. Heheh. Tengok posting teman sebelum ni. Buatlah apa pun, bagilah segunung beras, selautan duit sekalipun. Rakyat tetap marah akan perlakuan yang dibuat ke atas kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebelum ini. Sungguh memalukan dan menjijikan (getik teman). Panjang benor intro teman ni, berbalik pada topik asal. Seperti diinfokan pada teman, pada 30hb Jun ni, lagi berapa hari je, diberitakan DS Zambry bersama rakan-rakan telah mengarahkan semua jabatan kerajaan yang berkaitan di 2 kawasan parlimen dalam daerah Manjung ini, iaitu Parlimen Lumut dan Parlimen Bruas untuk mengadakan Hari Bersama Pelanggan. Diberitakan lagi bagi Parlimen Lumut akan diadakan program ini di Batu 9, Lekir (dah kena halau haritu kat sana, tak serik lagi?) manakala bagi Parlimen Bruas pula akan diadakan program ini di Pengkalan Bharu (tempat partner dia la tu, mana lagi).

Diberitakan juga, program ini bagi menunjukkan betapa kerajaan negeri Perak yang haram ni amat perihatin kepada rakyat (dah terdesak nakkan sokongan, biasalah) segala peruntukan , segala janji2 akan tertunai dengan cepat ketika ini. Tapi tengok orang la, sapa yang lebih kepada PR, ada janji, lambatlah ditunaikan, ataupun lama nanti fail tu hilang la. Teman nak 'kona' sket dari topik asal, di Lekir yang mangsa ribut tu, dengor kate duit didermakan tu didulukan seorang usahawan dari Teluk Rubiah, kemudian boleh pulak mintak 'claim' dari Pejabat Daerah. Derma ka apa tu? Wallahualam.

Kemudian kita dengor semakin kuat angin bertiup kencang , bukan ribut yea, ura2 DUN Perak nak dibubarkan lepas PRK Manek Urai ni. Sebab itulah semakin banyak program, lawatan dilakukan oleh Zambry ni bagi menagih sokongan rakyat. Walau rakyat semakin membenci , beliau berani turun bersua muka, sebab apa berani, tengoklah 'escort' dia ramai mana. Dalam tv mane nak nampak, cuba mike ada di situ, nengoklah. Di tempat sendiri pun kena iring , bukan sikit, ramai, belum campur yang preman. Teman nak tanya , pernah tak mike semua posting komen kat blog Zambry? Kalau komen menyalahkan dan tidak baik bagi dia, sure tak terpapar, ada 2-3 orang rakan teman cuba. Dia post komen jam 10 mlm, tengok esk pagi, yang post jam 3 pagi ada terpapar komennya. Tentulah komen yang menyokong dia. Dapat tau pulaks, yang maintanence blog dia tu bukan dia 100%, tapi dibangunkan oleh satu syarikat IT di Ipoh, yang tolong accept kan komen pun orang dari syarikat tu la. Mestilah dia accept komen yang baik2, bodek baik punya. Hehehe. Entahlah mana demokrasinya. Mohon Restu Rakyat? Mohon Bubar DUN dari rakyat tak pulak direstuinya. Apa cerita? Kawan2 yang ada sekitar Parlimen Lumut dan Parlimen Bruas, kalau rajin pegilah jenguk2 program hari bersama pelanggan tu. Kesian nanti takde sambutan, kesian kan staf2 kerajaan yang dipaksa tu la, bagilah muka kat depa bkn kt perampas kerajaan negeri. Depa tak bersalah, depa hanya 'YANG MENURUT PERINTAH'.

Wallahualam.

BUBAR DUN PERAK SEGERA! HIDUP RAKYAT!

0 comments:

Malaysiakini