بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Muktamar Tahunan PAS Ke-55





Kalau lihat pada rajah di atas, sebelum ini, bertungkus-lumus kita yang mendokong PAS dan Pakatan Rakyat memboikot media arus perdana seperti Utusan, NSTP, Berita Harian, TV3 dan sebagainya atas sebab laporan yang sentiasa diputar belitkan dan memenangkan hati pemimpin mereka. Kita tidak menyalahkan petugas media terbabit, mungkin ada di antara mereka yang bersikap profesional namun demikian setelah maklumat yang diperolehi dibawa ke penyuntingan dan bersedia untuk disampaikan, kita boleh menilai dan melihat di mana ada sesetengah maklumat dan berita tidak lengkap dan diisi bersama info yang jauh tidak menepati dengan kata lain diputar-belit fakta yang sebenar. Ucapan dan video pula selalu tidak disiarkan menyeluruh dan diambil beberapa klip pendek yang mana kadang-kadang membawa info atau maksud yang berbeza.

Perkara ini sudah lama diperhatikan dan sering terjadi. Adakah kebenaran yang diberikan pada mereka adalah kerana kasihan akan mereka kerana populariti mereka semakin jauh merudum jatuh? Atau kerana takut tiada liputan langsung mengenai Muktamar? Atau ada kepentingan sesetengah pihak yang bertanding jawatan? Kita dengar ada kalangan puak 'Erdogan' dan puak 'pro-Muqabalah', adakah ada kepentingan bagi mereka , kiranya betul wujud golongan sebegini? Ataupun ..? Kita tunggu dan lihat. Apapun setelah apa yang diperlakukan sebelum ini kepada PAS dan Pakatan Rakyat, adalah TIDAK WAJAR media sebegini dibenarkan turut serta. Pengalaman telah mengajar kita.
Wallahualam

0 comments:

Malaysiakini