بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Muktamar Dewan Pemuda melabuhkan tirai Muktamar 55 sebentar tadi



GOMBAK, 3 Jun - Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-50 sudah membuka tirainya jam 8 malam tadi, Dewan Dato' Fadzil Noor di Taman Melewar kini dipenuhi para tetamu dan perwakilan Pemuda.


Muktamar kali ini yang bertemakan "Mempersada Perjuangan" dimulakan dengan perasmian pembukaan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa disusuli dengan acara kemuncak ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub.


Hadir sama ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar, Sasterawan Negara, A Samad Said, Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar, Ketua Pemuda Nasional DAP, Loke Siew Fook, Presiden Abim, Yusri Mohammad; wakil Kelab Penyokong PAS, Vincent Lee, pemerhati dan petugas media.


Acara yang baru menghiasi suasana dewan sebentar tadi dengan alunan Sajak 'Dari Dinding Dewan' dari sasterawan tersohor Negara, Dato' A. Samad Said atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Samad.

Sumber : Muktamar Tahunan PAS Ke-55

0 comments:

Malaysiakini