بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Mengenang Kisah Zambry Dihalau Di Lekir Hari Tu


Masa kejadian , teman tiada di Manjung, sekembalinya di Manjung, teman pun online baca blog2 yang teman selalu ikuti. Dengar la cerita Zambry dihalau masa turun melawat mangsa ribut di Lekir. Ceritanya teman baca di sini dan di sini.

Siang tadi dok lepak minum di kedai kopi bersama kawan2, adalah sorang kawan ni dia kerja dengan gomen jugak lah area Manjung ni. Saja la tanya2 pecita? Lama tak sembang ngan dia, takdak cita pe dia kata, aritu je masa hari IPD Manjung dirasmikan, malam tu ribut melanda kawasan sekitar Manjung ni. Waktu tu teman ada di P.Pinang tu yang tak tau sangat apa yang berlaku. Kerja sambilan luar kawasan.

Sahabat teman ni pun ceritalah, hari Ahad tu, Hj Nizar selaku ADUN Pasir Panjang ni dan Zambry 'MB Mahkamah' turun melawat mangsa di Lekir tu, tak payah la teman cerita panjang, blog2 yang teman lampirkan tadi dah menceritakan kejadian yang berlaku kan. Dipendekkan cerita, adalah mangsa2 ni bagitau Hj Nizar memberikan sumbangan peribadi RM200 setiap rumah mangsa yang terlibat. (Kalau duit elaun ADUN dia pun memang patut la sumbang). Yang si Zambry ni depa kata bagi gaks sumbangan tapi bukan duit dia pun, mahupun elaun dia ka apa ka. Duit dari agensi kerajaan tempatan di sini yang salurkan. Kiranya dia eksyen je la derma. Teman bangkitkan bukan apa pun, saja nak bagi orang tau. Rata2 mangsa lebih mesra dan kagum dengan Hj Nizar sewaktu lawatan beliau. Berbanding dengan Zambry (merujuk apa yang terjadi waktu itu la) Siap kena ketuk2 lagi cermin kereta. Orang kampung marah2 dan sebagainya. Nak kata tipu ke tidak , ramai yang kata camtu. Heheh.

Teman cuma menyampaikan sahaja. Rata2 maklumat dan info yang didengar sama sahaja. Nampak lah bahawa rakyat di Perak ni menolak Zambry ni. Kini semua orang dah bijak, kalau iyea pun si Zambry ni kata ceramah hasutan 'kebencian' dan sebagainya adalah penyebab, orang ramai lebih bijak menilai serta nampak dan juga boleh tahu mana yang fakta dan mana yang palsu. Wallahualam.

1 comments:

Kelana said...

Teh tarikkk satuuuuuuu

Malaysiakini