بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Kutip Derma Sambil Ada 'Live Band'




Petang tadi teman lepak minum kejap di satu kedai mamak di Seri Manjung dengan kawan2 yang baru balik kerja. Dok sembang2, lama tak jumpa, macam2 cerita la, termasuk la info cerita macam teman post sebelum ni. Tak lama kemudian datang 2 orang gadis , sorang tu main gitar, belum apa2 depa terus menyanyi sambil sorang ni main gitar, depa ada hulurkan 2 buku kecil sekali pen, rupanya untuk mintak derma.

Teman tak tengok sangat buku tu, ada la nampak tulih children of mende ntah, cakap omputih, gambar kekaler. Hehehe. Ye la tengah dok sembang2 tetiba je 2 orang gadis ni datang, ada la 2-3 orang kawan teman yang baca buku kecil tu. Ada sorang kawan teman ni kata Christ mende ntah tulih kat situ tapi tujuan depa nak mintak derma untuk children apa ntah kawan teman sebut. Katanya gadis2 ni dari Filipina , kata kawan teman la yang baca buku kecil tu. Wallahualam. Nyanyi lagu mat saleh, boleh tahan suara, tapi tak abis la nyanyi, kawan2 teman ni pulangkan aje buku, depa beralih ke meja lain pulak. Hehehe.

Macam2 cara nak kutip derma ni, bagi teman nampak mereka ni berusaha juga , takde la yang sesetengah tu, datang terus merayu derma tanpa sebarang usaha. Yang lain mengenai 2 gadis ni teman tak tau, tujuan dan sebagainya. Teman tak baca abis buku kecil tu, tapi terbaca juga, ternampak juga orang yang derma sampai ada amaun RM100, fuh, mungkin orang derma tu teruja kot tengok depa dua ni, hehehe, atau benar2 ikhlas. Wallahualam.

0 comments:

Malaysiakini