بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Relax - Layan Final Liga Juara UEFA

Barcelona 2 - Manchester United 0

Begitulah kesudahan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pagi tadi. Teman tak boleh nak tido pulak , layan aje lah bola.. Dok belek2 blog, tukar2 template, edit HTML, jenuh layan, lama tinggal bab2 web ni. Try & Error je.

Cerita pasal bola, M.U dah terlepas 2 piala untuk musim ini, walaupun menang EPL , Piala FA dah terlepas awal-awal lagi (masa lawan Everton semi-final hari tu eksyen, turunkan barisan simpanan, kan dah kalah! Hahah) dan hari ni terlepas piala Liga Juara-Juara. Tak dapat la Ferguson merasa hatrik ke matrik ke musim ni. Dia suruh retired la tu kt kamu Ferguson. Tapi aku peduli apa? Bukan minat sangat M.U ni, heheh.. Saja layan, pasukan yang selalu mendapat nama , dengan selalu over confidentnya, hairan, ramai peminatnya di Malaysia ni.

Aku bukan apa, aku memang minat sukan bolasepak ni dari dulu lagi, merasa gak jadi player sekolah dengan skill2 aku ala2 Zidane dulu. Hahaha.. Skang dah pancit, cannot go , umur dah 30an. Seminggu sekali je layan futsal kadang2 nak lepas gian. Futsal lagi la cepat pancit, lari saja mainnye..

Berbalik pada game Barcelona vs Manchester United. Game pada mulanya memang 50/50 , MU , Barca bermain berhati2, tapi lepas Eto` sumbat gol pertama minit ke-10, MU jd tak tentu arah, game byk dicontrol oleh Barca. 1st half 1-0 untuk Barca. 2nd half, MU ada mendapat beberapa peluang tapi gagal juga. Ronaldo, Tevez dan Rooney mmg dikawal ketat, tambah2 si Ronaldo, ketua pasukan Barca, Puyol sentiasa mengekori dan menyekat pergerakan Ronaldo. Bagi Barca Iniesta, Messi dan Puyol bermain cemerlang. Gol kedua Barca disumbat oleh Messi dalam minit ke 70 ke brp ntah. Lebih kurang la. Lupa ingatan kejap. Heheh.. Henry kurang menyerlah, mungkin baru lepas baik dari injured.

Walau aku tak sokong kedua2 pasukan, tahniah buat Barca kerana melenyapkan harapan MU merangkul kejuaraan berganda or pepe je la. Heheh.. Aku mmg tk suka Setan Merah ni. Hahaha.. Ape pun Majulah Sukan Untuk Semua.

p/s: Harap kualiti bola sepak negara nanti setanding di negara lain, mcm di Eropah tu. Tambah2 skuad Kejor Yob Kejor. Sedih teman ramai player dh takder, gara2 siapa? Ha.. Itu nanti kita cerita lain pula.

0 comments:

Malaysiakini