بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Lawatan Muhibbah ProCC Ke Melaka


AHLI ProtonClub.Com (ProCC) yang mengadakan lawatan muhibah ke Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka baru-baru ini.


PRIHATIN. Seramai 60 ahli ProtonClub.Com (ProCC) mengadakan lawatan muhibah ke Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka baru-baru ini.

Lawatan sempena program Jalinan Kasih itu membabitkan 40 pemilik kereta nasional yang merupakan ahli ProCC dari Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Program itu diadakan bagi merapatkan hubungan antara ahli kelab dengan warga emas.

Selain itu, ia turut bertujuan memberi kesedaran kepada ahli-ahli kelab terhadap kepentingan menghargai dan menghormati golongan itu.


0 comments:

Malaysiakini