بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Kes Ragut Semakin Berleluasa , Apa Tindakan Pihak Berkuasa ?



Sekarang ni kita sering dengar pihak berkuasa PDRM sudah berjaya menumpaskan pelbagai Geng-Geng Rompakan bersenjata, dari media utama, kata nya 5 Geng.. tumpas, 7 Geng berjaya diberkas, tumpas, 4 Geng ditembak mati... dan pelbagai lagi la. Aku respek dan syabas diucapkan kepada anggota PDRM kita yang berjaya menyelesaikan kes-kes sebegini. Namun begitu, kes ragut yang semakin berleluasa ni, apa tindakan drastik yang dilakukan? Masa dok sibuk nak sidang DUN 7 Mei haritu, media utama dok paparkan ibu mengandung maut , kes ragut, di Johor, KL dan banyak tempat. Apa kesudahannya?

Aku nak cite sket di Penang ni, di area Bkt Mertajam, Bandar Perda dan yang berdekatan ni, tambah pula nak dekat PRK Penanti ni, harap-harap pihak berkuasa PDRM 'alert' juga la dengan kes ragut yang semakin berleluasa di sini. Aku ada kawan yang kerja di JPN area sana la, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes ragut, rompakan dilaporkan. Setiap hari pelbagai jenis orang dengan pelbagai rupa datang nak buat IC baru, ada yang muka berbalut, kepala berbalut, datang dengan tongkat, dan pelbagai la dalam keaadaan sedih.

Bila ditanya, kena ragut, ha yang paling ramai biasa la golongan wanita dan golongan tua yang jadi mangsa. Ditanya lagi kat mana kena? Jawapan yang selalu dapat, di trafik light, masa tunggu lampu merah, dalam keta, atas motor dan di tepi jalan. Ada juga yang kena di stesyen minyak sewaktu nak isi angin tayar, sebelum ni yang kena, tak kunci pintu keta, tapi dah kunci pintu pun depa pecahkan guna kayu/parang. Orang ramai di stesyen minyak hanya mampu melihat. Area BM ni depa kata ada sebiji motor YAMAHA LC kaler merah(merun) sering kelihatan melakukan ragut ni, nie cite dari mangsa2 la. Yang sedihnya majoriti yang melakukan orang Melayu.

Baru2 nie , ha nie kt Penanti, minggu nie sampai PRK sure selamat ini tempat. Sorang apek nie nak pegi kebun dia kena rompak ngan 2 orang suspek menggunakan parang, ha berjahit kepala apek nie, kesian dia, nasib idup laie.. Heh.. Hari sebelum tue ada gak cara lain depa ragut, so kalau leh masa jalan sorang2 tue jejaga, depa nie (peragut) tolak kita dari belakang sampai jatuh ke lantai/tanah/jalan pastue amik wallet dari poket seluar , nie lelaki la kena, dia pakai seluar jean. Hari tue kt area masjid seberang jaya, petang2 pun depa leh target orang tunggu bas, tunggu orang amik lepas kerja, ada kawan nie sorang menunggu laki dia nak mai amik dia, datang la couple india nie naik motor, buat2 tanya jalan nak ke mana ... pehtu tgk clear, dia cuba ragut beg kawan nie, berlawan la tarik menarik, tetiba ada org lalu kot situ, kawan nie menjerit, couple india ni pun blah, ha.. couple pun kena jejaga.. Sebelum ni gak, kt depan area masjid seberang jaya nie gak ada laki bini (cina) kena rompak waktu malam dkt2 bawah fly over tue, keta tk byk lalu bila dh lewat malam, dgr cite kena rompak dgn ramai la suspek, sebji keta blok keta depa kt depan, blkang geng motor ramai2, tuan dia sempat campak kunci keta ke dalam semak masa tu, kalau tak dgn keta2 kene kebas. teruk gak depa kena. Kesian..

Pastu lagi satu golongan wanita ni pun kena jaga2, taktik orang suruh test minyak wangi keluaran depa, ha nie satu cara lagi ni, macam kena jampi nie, ramai gak kena area sini, tau2 duit dh tak dak , dibagi kt orang tu, dh lama baru sedaq.. Pengalaman depa yang kena semua nie kena amik iktibar.

Bini aku yang memandu pun aku kasi tinted sket kereta dia yg sinar tu, masa panas tkde la nampak sgt blah dalam.. nak wat tinted gelap nt JPJ saman laks. nak wat cmne? kita nak hindar perkara tk diingini gak, takkan VIP saja yg boleh. Kita pun rakyat Malaysia. Beg duit tu simpan la bawah seat ka? Jgn la bawak duit byk sgt, duit nk wat makan/minum tue letak kan di tempat berasingan. Beringat2 je la.. Kalau nak bukak tingkap keta tue jgn lebar2 sgt. Lagi senang diumpan. Kalau berjalan kaki tu elak jalan sorang2, kalau tkde teman, join sekali orang ramai yang ada. Beg tue sandang, pastikan kuat talinya bagi pompuan. yang lelaki nie pakai gak la beg sandang or wallet tue letak kt poket depan. Aku bila dok ada sana risau je selalu nk jalan sorang2 sementara nak tunggu bini aku abis kerja, ada je mata2 memandang. Itu je la yg dpt aku cite sket2 , harap pihak berkuasa teruskan usaha lebih untuk membanteras kes2 sebegini, walau nampak terpencil, satu Malaysia dh tengok ada yg mendatangkan maut! Jangan dibiarkan. Jangan nak tumpu kes2 VIP dan kes besar sahaja. Wallahualam.

0 comments:

Malaysiakini