بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia didalam kerugian. Kecuali yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
(Surah Al-‘Asr)
___________________________________________________

Cuaca Panas, Lama Tak Hujan

Setiap minggu aku berulang-alik P.Pinang - Perak (Manjung) . Sekarang ni selalu naik bas je la. Jenuh la nak naik kereta selalu. Tol, minyak, belanja minum lagi. Kurang2 nak kena standy RM100 spare. Naik bas la ni RM16.20, harga asal RM12.50 campur laks Surcaj RM3.70 yang masih berjalan, bila nak tamat tempohnya entah. Ni dengar nak naik lagi tambang. Aduhai..

Satgi kul 8.30pg aku akan bergerak ke P.Pinang. Al-maklumlah orang rumah kerja sana, pak mertua pun tinggal sorang je, abg ipaq di Tanjung (Penang belah pulau) sibuk dengan kerja dan keluarga dia juga, anak2 dia lagi. So bini aku je la yang selalu menemani pak mertua aku ni. Mujur takde anak lagi walau dh lebih 2 tahun kami berkahwin, mungkin belum ada rezeki. InsyaAllah adalah nanti tu. Doa2kanlah yea.. Heheh..

Kampung bini aku ni blah sini, org panggil Bagan or Seberang Prai ni. Lubok Meriam, Sg Dua, dkt ngan Lahar Yooi jalan 'ODW' ke Tasek Gelugor dan Kepala Batas. Sudah pastinya minggu ni menjadi perhatian di Penanti , dekat juga dengan kampung bini aku ni. Kalau dia nk pi kerja ikut jalan lama mesti lalu punya la Penanti sblum nak sampai B.Mertajam ni. Sabtu lepas, ada pulak ceramah UMNO Lokman Nor Adam kt Lubok Meriam, punya la kuat pasang speaker dia sampai ke rumah pak mertua aku dengaq. Bukan ramai org pun ada la sekitar 50-60 orang warga lama kampung dan yang mai dari memane ntah nak kasi ramai. Ape yang diteriaq tk tau la. Dah tak cukup media perdana dah kot. Heheh..

La nie cuaca sangat panas. Musim ramai orang demam ni, hujan kejap2 je. Bini aku baru je baik demam. Sampai masuk wad la, suspek denggi fiber la. Macam2. Tekanan darah dia rendah. Kerja banyak, nak g keje jalan jem, sampai rumah lambat , amik pak mertua aku dari wat hemodialisis lagi. Kul 7 lebih baru sampai rumah. Kena masak lagi, itu ini lagi. Kesian aku tengok dia. So 2 minggu ni aku je yang balik ke sana, dia tak perlu balik Manjung. Kasi relax sket.

Aku pun kejap demam2 kejap muntah2. Panas cuaca kat sini. Tiduq laks tak cukup selalu. Bila la nak hujan ni, kasi sejuk sket.. Jangan hujan lebat lelama sudahlah, rumah aku kt Manjung nie entah la, hujan lebat lelama skit sure air naik. Tengok gambaq aku upload ni. Fuh..



Tak tau nak wat lagu mana, dah bgtau pihak berwajib, depa pun buat la longkang baru seberang jalan depan tu, sama gak. Aku rasa sebab ada org dok wat rumah berdekatan nie kot, sekat laluan air. Entahlah. Hehe.. Cukuplah celoteh aku sikit2 pagi2 ni. Nak lena tak leh, nak layan movie, tak tau cite pa nak download nie. Semalam layan The International. Boleh tahan cerita, kisah jenayah bank melibatkan Interpol dan pelbagai negara. Korang tengok la nanti cerita tu, apa pun mesti menang kt orang yang paling berkuasa. Hehe.. Orait.. Selamat2..

0 comments:

Malaysiakini